IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN (KEPUJIAN) (R/0221/6/0008) (07/32) (MQA/FA9487)
Syarat kemasukan
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 daripada 4.00 dan sekurang-kurangnya DUA kelulusan penuh, dan satu daripadanya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam;
    ATAU
  • Lulus kelayakan yang setaraf dengan STPM seperti A-level, dengan syarat bahawa calon lulus sekurang-kurangnya satu subjek Pengajian Islam dalam kelayakan itu;
    ATAU
  • Lulus program Matrikulasi atau kelayakan yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00;
    ATAU
  • Lulus dengan gred keseluruhan Maqbul dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);
    ATAU
  • Diploma yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00.

 

Pengenalan Program

Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian) merupakan antara program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Islam, UnIPSAS. Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 8 semester (4 tahun). Dalam memastikan program ini mempunyai kualiti dan standard yang baik serta mencapai objektifnya, kurikulum program ini dibina oleh pensyarah Jabatan Syariah bersama ahli dan tenaga pakar dalam bidang perundangan syariah dan kehakiman iaitu daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang. Selain itu, semakan kurikulum bagi program ini juga turut mendapat buah idea dan pandangan daripada panel akademik dan panel industri yang dilantik yang mempunyai kepakaran dalam bidang syariah, kehakiman dan perundangan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  telah memperakui dan mengiktiraf Program Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian) sebagai ijazah yang melayakkan graduan program ini beramal sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan dan Negeri Pahang di samping mendapat pengecualian daripada mengambil diploma lanjutan dalam Pentadbiran Kehakiman Syariah yang merupakan syarat tambahan kelayakan permohonan.

Prospek Kerjaya

Antara peluang pekerjaan bagi graduan program ini ialah:

  • Peguam Syarie
  • Penasihat Syariah
  • Pegawai Syariah
  • Ketua Unit Pengawasan Syariah
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Pegawai Sulh
  • Hakim Syarie
  • Pegawai Agama Kagat
  • Pegawai Penyelidik Perundingan Islam
Senarai Kursus

Semester 1

Penghayatan Etika dan Peradaban, Ilmu Tajwid, Al-Arabiyyah Al-I’dadiyyah, Tahsin Al-Quran Dan Hafazan I, Pengajian Ilmu Tasawuf, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia, Kemahiran Jawi, Fiqh Al-Ibadah, Tarikh Tasyri’, Pengantar Usul Fiqh.

Semester 2

Falsafah Dan Isu Semasa, Pengajian Akidah Islam, Tahsin Al-Quran Dan Hafazan II, Ulum Al-Quran, Tafsir, Fiqh Al-Muamalat, Al-Arabiyyah al-Taqaddumiyyah.

Semester 3

Kemahiran Kepimpinan, Al-Nahw Tamhidiy, Tahsin Al-Quran Dan Hafazan III, Ulum Al-Hadis, Metodologi Dakwah, Al-Mabsut Fi Usul Al-Fiqh, Hadis, General English Proficiency.

Semester 4

Fiqh Al-Jinayat, Ayat Ahkam, Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, Public Speaking, Al-Sarf Tamhidiy, Al-Quran Dan Sains, Fiqh Sirah, Al-Wasit Fi Usul Al-Fiqh .

Semester 5

Maqasid Al-Syar’iyyah, Pengurusan Islam, Hadith Ahkam, Islamic Wealth Management, Hab Halal Di Malaysia, Etika Dan Isu Dalam Teknologi Maklumat, Bakti Siswa, Pengajian Halaqah, Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.

Semester 6

Legal Text (Arabic), Nizam Al-Qada’ Fi Al-Islam, Fiqh Al-Munakahat, Fiqh Al-Muqaran, Keusahawanan Islam, Operasi Perbankan Islam.

Semester 7

Fiqh Al-Mawarith, Undang-undang Keterangan di Mahkamah Syariah, Acara Mal Di Mahkamah Syariah, Acara Jenayah Di Mahkamah Syariah, Alternatif Dispute Resolution.

Semester 8

Latihan Industri

Yuran Pengajian
YURAN PENGAJIAN
( WARGANEGARA MALAYSIA )
SEM TERMASUK ASRAMA (RM) TANPA ASRAMA (RM)
1  5910.00  5210.00
2  5500.00  4800.00
3  5270.00  4570.00
4  5270.00  4570.00
5  4810.00  4110.00
6  5270.00  4570.00
7  5040.00  4340.00
8  2170.00  2170.00

Jumlah Keseluruhan :
Termasuk Asrama : RM39,240.00
Tanpa Asrama : RM34,340.00

YURAN PENGAJIAN
( PELAJAR ANTARABANGSA )

Jumlah Keseluruhan :
RM 44,990.00

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...