Syarat kemasukan
- STPM – Lulus minimum PNGK 2.00 dan Lulus Penuh 2 mata pelajaran dan salah satu dalam bidang Pengajian Islam, atau
- STAM – minimum Maqbul, atau
- Diploma Pengajian Islam – Lulus minimum PNGK 2.00, atau
- Matrikulasi/Asasi dalam Pengajian Islam – Lulus minimum PNGK 2.00
Pengenalan Program
Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah ini menawarkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan tempoh pengajian secara sepenuh masa selama 7 semester atau 3 tahun setengah. Bahasa pengantar utama yang digunakan adalah bahasa Melayu di samping bahasa Inggeris dan bahasa Arab bagi kursus-kursus tertentu. Jumlah jam kredit keseluruhan adalah 122. Pengecualian / pemindahan kredit boleh diberikan kepada lulusan diploma KUIPSAS, lulusan diploma lain-lain IPT dan juga lepasan STAM tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial dan amali.
Program ini bertujuan melahirkan graduan seimbang yang menguasai ilmu-ilmu asas dakwah Islamiah yang disepadukan dengan pelbagai cabang ilmu asas Islam seperti akidah, al-Quran, al-Hadis, Fiqh, Sirah, Tasawuf dan kemahiran komunikasi.
Prospek Kerjaya
- Pegawai Dakwah
- Pegawai Hal Ehwal Islam
- Pegawai Agama
- Penguatkuasa Agama
- Guru Agama
- Tutor
- Pensyarah
- Pegawai Pengurusan Masjid
- Pegawai Halal
- Pegawai Zakat
- Pendakwah
- Konsultan
- Penerbit Rancangan Agama TV / Radio
- Penulis
- Penceramah / Instruktor
- Usahawan
Senarai Kursus
Semester 1
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (U1), Al-Fiqh al-Islamiy, Kemahiran al-Quran, General English Proficiency, Al-Arabiyyah al-I’dadiyyah / al-Taqadumiyyah, Pengajian Ilmu Tasawuf, Fiqh al-Dakwah.
Semester 2
Hubungan Etnik (U1), Kemahiran Jawi, Al-Arabiyyah al-Taqadumiyyah / al-A’liyyah, Hifz al-Quran I, Hifz al-Quran II, Ulum al-Quran, Ulum al-Hadith, Agama-Agama di Dunia.
Semester 3
Pemikiran Kreatif & Kritis (U2), Tassawur al-Quran & Sunnah, Fiqh Sirah, Fiqh al-Qadhaya al-Muasarah, Metodologi Dakwah, Pengurusan Organisasi Dakwah, Isu-Isu Dakwah di Malaysia, Al-Tibb al-Nabawi / Tarannum / Sunnah, Bid’ah dan Khurafat.
Semester 4
Teknologi Maklumat dan Masyarakat (U3), Hifz al-Quran III, Al-Nahw al-Sarf, Seni Pengucapan, Metodologi Dakwah Masyarakat Majmuk / Kesenian Islam / Media Cetak dan Dakwah, Pengurusan Sumber Manusia / Prinsip dan Amalan Pengurusan, Teknologi Maklumat dan Masyarakat (U3), Hifz al-Quran III, Al-Nahw al-Sarf.
Semester 5
Halaqah dan Usrah, Aliran-Aliran Fahaman Umat Islam, Komunikasi Dakwah, Psikologi Dakwah, Penulisan Dakwah, Tokoh Pendakwah / Isu-Isu Akidah / Media Baru, Halaqah dan Usrah, Aliran-Aliran Fahaman Umat Islam, Komunikasi Dakwah.
Semester 6
Khidmat Masyarakat (U4), Pengajian Akidah Islam, Hifz al-Quran IV, Latihan Amali Dakwah, Projek Ilmiah, Kaunseling Menurut Perspektif Islam / Pengurusan Halal / Islam dan Ideologi Semasa / Pengurusan dan Pemasaran Dakwah, Keusahawanan / Fiqh Munakahat, Khidmat Masyarakat (U4), Pengajian Akidah Islam.
Semester 7
Latihan Industri