Syarat kemasukan
-
Lulus STPM dengan minimum gred C (CGPA 2.00) dalam dua subjek yang setara DAN Kredit dalam Subjek Bahasa Arab SPM atau yang setaraf dengannya ; ATAU
-
Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid DAN Kredit dalam Subjek Bahasa Arab SPM atau yang setaraf dengannya ; ATAU
-
Diploma (Level 4 MQF) dengan CGPA minimum 2.00 atau yang setaraf dengannya DAN Kredit dalam Subjek Bahasa Arab SPM atau yang setaraf dengannya ; ATAU
-
Matrikulasi/Asasi dengan minimum CGPA 2.00 atau yang setaraf dengannya DAN Kredit dalam Subjek Bahasa Arab SPM atau yang setaraf dengannya.
Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai skor minimum 5.0 dalam (IELTS) atau Band 3 (MUET) atau setaraf denganya.
Pengenalan Program
Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pengajian Quran (Kepujian) yang menggabungkan dua ilmu teras pengajian Islam iaitu bahasa Arab dan ilmu Quran bakal membuka peluang pendidikan kepada individu yang berkelayakan. Ia mampu menjadikan mereka mahasiswa yang berdaya saing serta berpotensi untuk membina kemajuan ummah dan negara. Bahasa Arab dan Quran mempunyai hubungan secara langsung antara satu sama lain. Kedua-dua bidang ilmu ini dilihat mempunyai prospek kerjaya yang luas memandangkan terdapat banyak institusi yang memberikan penekanan terhadap bidang bahasa Arab dan Quran. Program ini juga mampu membantu pelajar dalam meningkatkan kompetensi diri dan profesionalisme mencakupi pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran. Graduan daripada program ini berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam negara atau luar negara, dalam bidang yang sama atau berbeza.
Prospek Kerjaya
Graduan lulusan program ini boleh menceburi bidang kerjaya seperti berikut:
- Bidang Pendidikan
- Penterjemahan
- Pegawai Agama
- Penyunting
- Komersil
- Pelancongan
- Kewartawanan
- Penyiaran
Senarai Kursus
Semester 1
- Penghayatan Etika Dan Peradaban
- Ilmu Tajwid
- Al-Arabiyyah Al-I’dadiyyah
- Al-Sarf Al-Arabiy I
- Fonetik Dan Fonologi Arab
- Usul Tafsir
- Al-Nahw Al-Tamhidiy
- Kemahiran Jawi
Semester 2
- Falsafah Dan Isu Semasa
- Pengajian Akidah Islam
- Maharah Al-Istima’ Wa Al-Kalam
- Al-Nahw Al-Arabiy I
- Al-Sarf Al-Arabiy Ii
- Asalib Al-Quran
- I’rab Al-Quran
- Al-Arabiyyah Al-Taqaddumiyyah
Semester 3
- Kemahiran Kepimpinan
- Pengajian Fiqh
- General English Proficiency
- Al-Nahw al-Arabiy II
- Al-Balaghah
- Bahasa Arab Untuk Tujuan Pendidikan
- Ilmu Qiraat
- Dabt, Rasm al-Quran & Fawasil
Semester 4
- Al-Quran dan Sains
- Maharah al-Qiraah
- Bahasa Arab Untuk Tujuan Profesional
- Balaghah al-Quran
- Al-Tarjamah
- Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Bahasa Arab
- Tafsir Maudhuie
Semester 5
- Etika dan Isu dalam Teknologi Maklumat
- Fan al-Ilqa
- Al-Madkhal Ila al-Adab al-Arabiy
- Kitabat al-Maqal
- Bahasa Arab Untuk Tujuan Kemasyarakatan
- I’jaz al-Quran
- Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran
Semester 6
- Bakti Siswa
- Masadir al-Lughah Wa al-Adab
- Tahlil al-Nusus
- Al-Naqdu al-Adabiy
- Bahasa Arab Untuk Tujuan Teknologi
- Kajian Al-Quran Era Ict
- Keusahawanan Islam
- Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam
Semester 7
- Pengajian Halaqah
- Fiqh al-Lughah wa al-Maajim al-Arabiyyah
- Tafsir Tahlili
- Metodologi Pengajaran al-Quran dan Tahfiz
- Ilmu Taranum
- Projek Akhir
Semester 8
- Latihan Industri