Syarat Kemasukan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya, sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit
- Lulus Bahasa Melayu
- DAN Kepujian Matematik di peringkat SPM
Pengenalan Kursus
Program ini menawarkan pembelajaran khusus dalam bidang Rangkaian dan Komunikasi. Pelajar dilatih untuk membangunkan sistem rangkaian berskala sederhana atau menyelenggara sesuatu rangkaian semasa (sedia ada). Selain daripada itu, pelajar juga berkemahiran dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan sistem komputer khususnya dalam persekitaran terangkai. Kini teknologi telekomunikasi dan rangkaian sedang berkembang dengan pesat, yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang ini amat diperlukan.
Prospek Kerjaya
Graduan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat di Universiti awam dan swasta.
Kerjaya
- Penolong Pegawai Sistem Maklumat
- Pereka Grafik
- Pembangun Perisian Multimedia
- Pengaturcara
- Pereka Laman Web
- Juruanalisa Sistem
- Usahawan
Kelebihan Kursus
Selain daripada subjek berkaitan komputer, program ini menggabungkan sekali aspek ukhrawi dan pembinaan insan menerusi subjek-subjek asas Islam, Bahasa Arab dan Al-Quran. Disamping itu, aspek pembinaan sahsiah Islami menerusi subjek Halaqah dan Usrah serta aktiviti ko-kurikulum wajib seperti Wataniah, Tae Kwan Do, Persatuan Bulan Sabit Merah, Briged Bomba dan Penyelamat serta Kelab Kembara. Aktiviti lain seperti sekolah angkat, pengisian dan tazkirah di masjid KIPSAS dan aktiviti lain yang sesuai untuk membina sahsiah, kekuatan dan keyakinan diri pelajar.
Senarai Subjek
-
Asas Kalkulus
-
Pengenalan Teknologi Maklumat
-
Prinsip Pengaturcaraan
-
Pengaturcaraan Visual Basic
-
Sistem Komputer
-
Pengenalan Matematik Diskrit
-
Pengenalan Rangkaian
-
Pengenalan Sistem Pengendalian
-
Komunikasi Data
-
Konsep Pangkalan Data
-
Pengaturcaraan JAVA I
-
English At The Workplace
-
Pengenalan Statistik dan Kebarangkalian
-
Analisis dan Rekabentuk Rangkaian
-
Metodologi Pembangunan Perisian
-
Keusahawanan ICT
-
Pengaturcaraan JAVA II
-
Pengenalan dan Implementasi E-Perniagaan
-
Asas Pengurusan Rangkaian
-
Keselamatan Maklumat dan Rangkaian
-
Pengaturcaraan Rangkaian
-
Latihan Industri / Pembangunan Projek Rangkaian