Syarat kemasukan
- Lulus SPM (atau kelayakan yang setara) dengan sekurang- kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah.
- Lulus SKM tahap 3, dan kepujian dala mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
- Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
- Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul (lulus) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
- Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, KKM) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.
( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )
Pengenalan Program
PENGENALAN
Program ini menawarkan pembelajaran khusus dalam bidang Rangkaian dan Komunikasi. Pelajar dilatih untuk membangunkan sistem rangkaian berskala sederhana atau menyelenggara sesuatu rangkaian semasa (sedia ada). Selain daripada itu, pelajar juga berkemahiran dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan sistem komputer khususnya dalam persekitaran terangkai. Kini teknologi telekomunikasi dan rangkaian sedang berkembang dengan pesat, yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang ini amat diperlukan.
KELEBIHAN PROGRAM
Selain daripada subjek berkaitan komputer, program ini menggabungkan sekali aspek ukhrawi dan pembinaan insan menerusi subjek-subjek asas Islam, Bahasa Arab dan Al-Quran. Disamping itu, aspek pembinaan sahsiah Islami menerusi subjek Halaqah dan Usrah serta aktiviti ko-kurikulum wajib seperti Wataniah, Tae Kwan Do, Persatuan Bulan Sabit Merah, Briged Bomba dan Penyelamat serta Kelab Kembara. Aktiviti lain seperti sekolah angkat, pengisian dan tazkirah di masjid KIPSAS dan aktiviti lain yang sesuai untuk membina sahsiah, kekuatan dan keyakinan diri pelajar.
Prospek Kerjaya
Graduan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat di Universiti awam dan swasta.
Kerjaya
- Penolong Pegawai Sistem Maklumat
- Pereka Grafik
- Pembangun Perisian Multimedia
- Pengaturcara
- Pereka Laman Web
- Juruanalisa Sistem
- Usahawan
Senarai Kursus
Semester 1
- Bahasa Arab Asas
- English For Proficiency(Pre-Intermediate)
- Pengantar Ilmu Tajwid
- Pengenalan Matematik Diskrit
- Pengenalan Teknologi Maklumat
- Prinsip Pengaturcaraan
- Pengajian Malaysia 2
Semester 2
- Bahasa Arab Lanjutan
- English For Proficiency (Intermediate)
- Hifz Al-Quran
- Pengaturcaraan Visual Basic
- Sistem Komputer
- Asas Kalkulus
- Pengenalan Rangkaian
Semester 3
- Fiqh Ibadah
- Akidah Islam
- Komunikasi Data
- Konsep Pangkalan Data
- Pengenalan Sistem Pengendalian
- Pengaturcaraan Java I
- Pemikiran Kritis Dan Kreatif
Semester 4
- English At The Workplace
- Pengaturcaraan Java Ii
- Analisis Dan Rekabentuk Rangkaian
- Keusahawanan Digital
- Akhlak Dan Tasawuf
- Metodologi Pembangunan Perisian
- Pengenalan Statistik Dan Kebarangkalian
Semester 5
- Halaqah Dan Usrah
- Pengenalan Dan Implementasi E-Perniagaan
- Asas Pengurusan Rangkaian
- Pengaturcaraan Rangkaian
- Keselamatan Maklumat Dan Rangkaian
- Teknologi Maklumat Dan Masyarakat
Semester 6
- Latihan Industri
* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER