DIPLOMA SAINS KOMPUTER (R2/481/4/0669(A11683)10/25)
Syarat Kemasukan
- Lulus Minimum 3 kredit dalam SPM , lulus bahasa melayu
- DAN Kepujian Matematik di peringkat SPM
Pengenalan Kursus
Program ini menawarkan pembelajaran Teknologi Maklumat yang lebih memfokuskan kepada bahasa pengaturcaraan untuk membina dan membangunkan sistem samaada berbentuk online atau stand-alone. Di samping itu, pelajar juga dilatih untuk membina pakej-pakej multimedia seperti montaj yang menggabungkan kemahiran animasi dan kesan bunyi.
Prospek Kerjaya
Graduan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat di Universiti awam dan swasta.
Kerjaya
- Penolong Pegawai Sistem Maklumat
- Pereka Grafik
- Pembangun Perisian Multimedia
- Pengaturcara
- Pereka Laman Web
- Juruanalisa Sistem
- Usahawan
Senarai Subjek
- Matematik Diskrit
- Pengenalan Teknologi Maklumat
- Prinsip Pengaturcaraan
- Rekacipta Laman Web
- Pengarangan Multimedia
- Sistem Komputer
- Statistik Asas
- Pengaturcaraan JAVA I
- Penyuntingan Audio, Visual dan Animasi
- Pangkalan Data
- Pengaturcaraan Web I
- Pengaturcaraan JAVA II
- English At The Workplace
- Rekabentuk Antaramuka Manusia Komputer
- Pengaturcaraan Visual
- Metodologi Pembangunan Perisian
- Pembangunan Projek Multimedia
- Pembangunan Perisian Aplikasi
- Latihan Industri