DIPLOMA PERADABAN ISLAM (R2/221/4/0135)(MQA/A4741)(02/25)
Syarat Kemasukan
- Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
- lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam atau;
- Sijil yang diiktiraf dalam bidang Pengajian Islam atau setara.

Pengenalan Kursus
Diploma Peradaban Islam merupakan program pengajian yang dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk pasaran guna tenaga separa profesional dalam bidang Peradaban dan Tamadun Islam serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antara prospek kerjaya bagi graduan program ini seperti di dalam bidang keagamaan, pendidikan, sejarah, permuziuman, penerbitan dan kewartawanan.
Prospek Kerjaya
- Pendidikan
- Pegawai Agama
- Ahli Sejarah
- Pegawai Arkib
- Permuziuman
- Pelancongan
- Penerbitan
- Kewartawanan
Fakta Mengenai Bidang Diploma
- Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
- Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
- Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
- Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
- “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)