Syarat kemasukan
Pengenalan Program
PENGENALAN
Tahap kesedaran masyarakat Islam terhadap isu halal dan haram di dalam pengurusan muamalat adalah masih rendah. Ianya masih di peringkat yang mendukacitakan lebih-lebih lagi masih terdapat terlalu ramai para ilmuan Islam tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam pengurusan muamalat Islam, sedangkan elemen halal haram dalam pengurusan kewangan memberi kesan yang amat besar dalam syariat Islam. Oleh itu, penawaran Diploma Pengurusan Muamalat sedikit sebanyak akan memperbaiki keadaan tersebut.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang membawa nama Islam, UnIPSAS terpanggil untuk melahirkan graduan-graduan Islam yang boleh menyumbangkan kemahiran separa profesional dalam Syariah dan Muamalat Islam di samping menyahut seruan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam mengamalkan produk-produk yang berlandaskan syarak. Di samping itu, para graduan yang dihasilkan boleh juga bertindak sebagai pendakwah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan keuntungan menggunakan produk-produk kewangan yang berlandaskan syarak.
LANJUTAN PENDIDIKAN
Lulusan DIPLOMA ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian di IPTA/IPTAS tempatan atau luar negara seperti berikut:
Dalam Negara
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
- Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Luar Negara
- University of Jordan
- University al-Bayt, Jordan
- University Yarmouk, Jordan
- IAIN Ar-Raniry, Acheh
Prospek Kerjaya
Graduan DIPLOMA ini menjadi rebutan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Di antara institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:
-
- Institusi Kewangan dan Perbankan
- Syarikat Takaful dan Insuran
- Pusat Kutipan Zakat
- Majlis Agama Islam
- Jabatan Agama Islam
- Syarikat Hub Halal
- Jabatan Kehakiman Islam Malaysia
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Badan Berkandun Kerajaan
- Guru KAFA di sekolah-sekolah
- Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Senarai Kursus
Semester 1
- English For Proficiency
- Bahasa Arab Asas
- Tajwid dan Hafazan
- Asas Akidah Islam
- Pengantar Fiqh Muamalat
- Fiqh Ibadah
- Pengantar Fiqh Islam
- Penghayatan Etika dan Peradaban (U1)/
- Bahasa Melayu Komunikasi 1 (U1)
Semester 2
- Tasawwur Islam
- Al-Arabiyyah li al-Muamalat
- Fiqh Muamalat
- Akhlak dan Tasawuf
- Ayat dan Hadis Ahkam
- Pengurusan Zakat
Semester 3
- Usul Fiqh
- Pengurusan Islam
- Sistem Kewangan Islam
- Prinsip Pengurusan Kewangan
- Ekonomi dan Kewangan Menurut Perspektif Al-Quran dan al-Sunnah
Semester 4
- Al-Qawaid al-Fiqhiyyah
- Isu-isu Kontemporari Dalam Fiqh Muamalat
- Al-Mirath
- Prinsip dan Amalan Takaful
- Operasi Perbankan Islam
- Pasukan Wataniah
- Kelab Tae Kwan Do ITF
- Briged Bomba dan Penyelamat
- Kelab Kembara
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Khidmat Masyarakat
- Kelab Kebudayaan dan Kesenian Islam
- Persatuan Puteri Islam
Semester 5
- Ekonomi Islam
- Undang-Undang Kontrak
- Pasaran Wang dan Modal Islam
- Pengenalan Kepada Perakaunan Kewangan
- Pengurusan Wasiat, Hibah dan Wakaf
- Keusahawanan
Semester 6
- Latihan Industri
* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER