DIPLOMA PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM (R2/343/4/0091(A9217)11/23)
Syarat Kemasukan
- Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan lulus Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus dalam Sijil Kemahiran di Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Pengenalan Kursus
Program ini memperkenalkan pelajar kepada sistem kewangan Islam yang kini merupakan elemen yang paling pesat berkembang dalam perkhidmatan kewangan global. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat, Ekonomi dari sudut Perspektif Islam, Takaful, Perakaunan Islam, instrumen Kewangan Islam dan aspek operasi dalam Institusi Kewangan Islam. Program ini bukan sahaja memberi penekanan tentang pembelajaran dan juga kecekapan graduan malah program ini juga memberi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi cabaran dan saingan dalam dunia perbankan Islam.
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Bank
- Penolong Perunding Kewangan Islam dan Unit Amanah Islam
- Penolong Perunding Muamalat (wasiat, zakat, ar- Rahn)
- Usahawan Insuran dan Takaful
- Penolong Pegawai Pengurusan Risiko
- Perancang Kewangan Islam
- Penolong Pegawai Pematuhan Syariah (Syariah Compliance)
Senarai Subjek
- Pengantar Fiqh Islam
- Prinsip Pengurusan Kewangan
- Pengenalan kepada Perakaunan Kewangan
- Asas Matematik
- Matematik Perniagaan
- Akhlak dan Tasawuf
- Usul Fiqh
- Perakaunan Islam
- Business Communication
- Mikroekonomi
- Fiqh Muamalat
- al-Arabiyyah li al-Muamalat
- Prinsip Pengurusan
- Prinsip Pemasaran
- Institusi dan Pasaran Kewangan Islam
- Sistem Kewangan Islam
- Pengurusan Harta Islam
- Qawaid Fiqhiyyah
- Perancangan Kewangan Islam
- Pengurusan Zakat,Wakaf dan Baitulmal
- Operasi Perbankan Islam
- Ekonomi Islam
- Keusahawanan
- Etika Perniagaan Islam
- Latihan Industri