Syarat kemasukan
Pengenalan Program
PENGENALAN
Umumnya mengetahui bahawa al-Quran dan Sunnah (Hadis) adalah sumber utama dalam pensyariatan Islam. Keperluan kepada dua perkara ini bukanlah pilihan yang boleh diterima atau ditolak tetapi ianya satu kewajipan yang difardhukan. Umat Islam hanya akan berjaya apabila berhasil memegang keduanya dengan kemas. Oleh itu, jom sertai Diploma Pengajian Quran dan Sunnah di UnIPSAS bagi mendalami dengan lebih lagi berkaitan dua sumber syariat ini.
KELEBIHAN PROGRAM
Senario kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan dewasa masa kini adalah kerana renggangnya hubungan mereka dengan agama. Justeru, memilih meneruskan pengajian dalam bidang Quran dan Sunnah adalah satu keputusan yang bijak kerana dapat mempersiapkan diri secara lebih khusus dan kukuh tentang Quran dan Sunnah. Apabila diri individu berjaya dikukuhkan, Quran dan Sunnah itu akan menjadi teras kehidupan sebelum berdepan dengan liku-liku kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.
Prospek Kerjaya
- Pendidikan,
- Imam,
- Penolong Pegawai Tadbir Pejabat-Pejabat Agama,
- Pendakwah,
- Perunding Pembangunan Manusia,
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
- Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
Senarai Kursus
Semester 1
- Pengajian Malaysia 2
- Pengantar Ilmu Tajwid
- Bahasa Arab Asas
- English For Proficiency(Pre-Intermediate)
- Akidah Islam
- Fiqh Ibadah
- Sirah Rasul
- Pengantar Fiqh Islam
Semester 2
- Keusahawanan
- Hifz Al-Quran
- Bahasa Arab Lanjutan
- English For Proficiency (Intermediate)
- Akhlak Dan Tasawuf
- Ulum Al-Hadith
- Ulum Al-Quran
- Pengantar Pengajian Sanad
- Sunnah, Bid’ah Dan Khurafat
Semester 3
- Teknologi Maklumat Dan Masyarakat
- Hadith Tahlili
- Ilmu Qiraat
- Ilmu Takhrij Al-Hadith
- Pengantar Pengajian Sanad
- Sunnah, Bid’ah Dan Khurafat
Semester 4
- Pengantar Dakwah Islamiyyah
- I’jaz Al-Quran
- Tafsir Maudhuie
- Hadith Maudhuie
- Kaedah Pengajaran Al-Quran
- Pengantar Pengajian Sanad
- Sunnah, Bid’ah Dan Khurafat
Semester 5
- Halaqah Dan Usrah
- I’jaz Al-Quran
- Tafsir Maudhuie
- Hadith Maudhuie
- Kaedah Pengajaran Al-Quran
- Perbandingan Agama
- Khidmat Masyarakat
Semester 6
- Latihan Industri
* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER