DIPLOMA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (R2/381/4/0009)(MQA/A4743)(02/25)
Syarat kemasukan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau kelayakan yang setara) dengan sekurang- kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran dan lulus Bahasa Melayu, Sejarah; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )

Pengenalan Program

PENGENALAN

Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-undang  merupakan kursus menyatupadukan antara ilmu aqliah dan ilmu naqliah, di mana pelajar-pelajar dikehendaki mengikuti kursus-kursus asas pengajian agama Islam bersama kursus-kursus dalam bidang Syariah dan Undang-undang bagi mewujudkan keterampilan diri dalam arus perdana masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang ilmu yang mereka pelajari. Disamping itu, kursus ini juga memberi fokus terhadap pembinaan kemahiran dalam bidang Syariah dan Undang-undang yang membolehkan pelajar-pelajar berkemampuan memberi maklumat perundangan kepada masyarakat setempat.

FAKTA PROGRAM

  • Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
  • Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
  • Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
  • “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)
Prospek Kerjaya

KELEBIHAN PROGRAM

Kursus-kursus yang ditawarkan melalui Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-undang di UnIPSAS ini merupakan kursus yang penting dan relevan bagi pasaran kerjaya. Graduan jabatan ini menjadi rebutan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Di antara institusi yang berkaitan adalah seperti berikut :

  • Penolong Pendaftar, Mahkamah Syariah
  • Penolong Pendaftar, Mahkamah Sivil
  • Kerani, Firma Guaman
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Amanah Raya Berhad
  • Syarikat Takaful dan Insuran
  • Pusat Kutipan Zakat
  • Jabatan Wakaf
  • Tabung Haji
  • Bank-bank
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Penolong Pegawai Agama, Majlis Ugama Islam
  • Penolong Pegawai Agama, Penolong Penguatkuasa,Jabatan Agama Islam
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Majlis Perbandaran Tempatan
  • Penolong Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Tempatan
  • Guru Kafa di Sekolah-sekolah

LANJUTAN PENDIDIKAN

Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-undang yang ditawarkan membuka peluang kepada pelajar bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat banyak program ijazah yang berkaitan dan ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi. Antara insititusi tersebut adalah seperti berikut:

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)
Senarai Kursus

Semester 1

  • English For Proficiency(Pre-Intermediate)
  • Bahasa Arab Asas
  • Pengantar Ilmu Tajwid
  • Pengajian Malaysia 2
  • Akidah Islam
  • Fiqh Ibadah
  • Sirah Rasul
  • Pengantar Sistem Undang-Undang Di Malaysia

Semester 2

  • Keusahawanan
  • English For Proficiency (Intermediate)
  • Bahasa Arab Lanjutan
  • Hifz Al-Quran
  • Pengantar Fiqh Islam
  • Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia
  • Usul Fiqh

Semester 3

  • Pengantar Dakwah Islamiyyah
  • Fiqh Muamalat
  • Undang-Undang Kontrak
  • Al-Arabiyyah Li Al-Syariyyah
  • Fiqh Munakahat
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Undang-Undang Perlembagaan Perbandingan
  • Teknologi Maklumat Dan Masyarakat

Semester 4

  • Akhlak Dan Tasawuf
  • Ulum Al-Quran
  • Siyasah Syar’iyyah
  • Undang-Undang Tort Perbandingan
  • Ayat Dan Hadis Ahkam
  • Undang-Undang Jenayah
  • Undang-Undang Syarikat

Semester 5

  • Ulum Al-Hadith
  • Fiqh Jinayat
  • English For Academic Purposes
  • Asas Penyelidikan
  • Halaqah Dan Usrah
  • Pentadbiran Harta Orang Islam
  • Sistem Kehakiman Islam

Semester 6

  • Undang-Undang Acara Sivil Dan Jenayah
  • Undang-Undang Keterangan Perbandingan
  • Undang-Undang Prosedur Mal Dan Jenayah Syariah
  • Fiqh Semasa
  • English For Law
  • Kertas Projek
  • Khidmat Masyarakat

 

* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER

 

Yuran Pengajian

 

SEM

TERMASUK ASRAMA (RM)

TANPA ASRAMA (RM)

1
4040.00
 3340.00
2 2700.00  2000.00
3 3060.00  2360.00
4 2700.00  2000.00
5 2700.00  2000.00
6 2580.00  1880.00
7  –
8  –

Jumlah Keseluruhan:

 

KATEGORI PELAJAR
TERMASUK ASRAMA (RM)
TANPA ASRAMA (RM)
Warganegara Malaysia 17,780.00 13,580.00
Pelajar Antarabangsa

 

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...