DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK (R/143/4/0110)(MQA/FA5728)(10/25)
Syarat kemasukan
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah; atau
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan & SPM minimum 1 Kredit; atau
  • Sijil dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak atau setaraf dengannya; atau
  • Lulus Sijil Tahap 3 MQF.

( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )

Pengenalan Program

PENGENALAN

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Secara Islamik merupakan antara program pengajian terbaru di UnIPSAS yang mula ditawarkan pada tahun 2016. Menawarkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan nilai jam kredit keseluruhan adalah sebanyak 95. Pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, amali dan kerja lapangan. Matlamat utama pengajian adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan mengintegrasikan ilmu dan amalan berorientasikan syariat Islam.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum Diploma ini telah dibina oleh pakar dalam bidang akademik dan industri.
  • Para pensyarah yang akan mengendalikan proses P&P adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam industri.
  • Memberi pendedahan terhadap keperluan-keperluan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak mengikut peringkat umur.
  • Menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan berkaitan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dari perspektif Islam dan mengaplikasikannya sebagai cara hidup.
  • Menggalakkan penglibatan keluarga, sekolah dan komuniti dalam memastikan pendidikan yang berkualiti.

FAKTA PROGRAM

Merujuk kepada Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 yang ditubuhkan bertujuan memastikan perkembangan holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga empat tahun. Justeru, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dapat dibentuk untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari seni intelek, rohani, jasmani, dan emosi agar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pendidik dan pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dengan mengintegrasikan ilmu dan amalan berorientasikan syariat Islam.

Prospek Kerjaya
  • Guru
  • Pengurus
  • Pentadbir
  • Usahawan
  • Pelaksana Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Senarai Kursus

Semester 1

  • Pengajian Malaysia 2
  • Pengantar Ilmu Tajwid
  • Bahasa Arab Asas
  • English For Proficiency(Pre-Intermediate)
  • Fiqh Ibadah
  • Falsafah, Sejarah Dan Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pengenalan Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Semester 2

  • Keusahawanan
  • Bahasa Arab Lanjutan
  • Hifz Al-Quran
  • English For Proficiency (Intermediate)
  • Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pedagogi Dalam Pembelajaran Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak
  • Pengenalan Pembelajaran Kanak-Kanak

Semester 3

  • Akidah Islam
  • Bermain Sebagai Pedagogi Dalam Pembelajaran Kanak-Kanak
  • Profesionalisme Pendidik Awal Kanak-Kanak
  • Sahsiah Dan Bimbingan Tingkah Laku Kanak-Kanak
  • Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
  • Perkembangan Bahasa Dan Awal Literasi
  • Teknologi Maklumat Dan Masyarakat

Semester 4

  • Awal Sains Dan Alam Sekitar Untuk Kanak-Kanak
  • Awal Matematik Untuk Kanak-Kanak
  • Fardhu Ain Dan Al-Quran Untuk Kanak-Kanak
  • Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
  • Kreativiti Dan Estetika Kanak-Kanak
  • Pengajian Sosial Awal Kanak-Kanak

Semester 5

  • Halaqah Dan Usrah
  • Penilaian Dan Pentaksiran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Kesihatan, Keselamatan Dan Nutrisi Kanak-Kanak
  • Pengenalan Keusahawanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Kaunseling Islam
  • Khidmat Masyarakat

Semester 6

  • Praktikum


* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER

Yuran Pengajian

 

SEM

TERMASUK ASRAMA (RM)

TANPA ASRAMA (RM)

1
4040.00
 3340.00
2 2940.00  2240.00
3 3180.00  2480.00
4 2940.00  2240.00
5 2940.00  2240.00
6 1160.00  1160.00
7  –
8  –

Jumlah Keseluruhan:

 

KATEGORI PELAJAR
TERMASUK ASRAMA (RM)
TANPA ASRAMA (RM)
Warganegara Malaysia 17,200.00 13,700.00
Pelajar Antarabangsa

 

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...