DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN (R/343/4/0190)(MQA/A6624)(10/25)
Syarat Kemasukan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau kelayakan yang setara) dengan sekurang- kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris, Bahasa Melayau, Sejarah; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (atau kelayakan yang setara), dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; dan lulus SPM dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; dan lulus SPM dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus dalam Sijil Kemahiran di Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Sijil dalam Kewangan, Perbankan, Insurans atau bidang yang berkaitan (Tahap 3, MQF) dengan PNGK minimum 2.00 daripada 4.00.
Pengenalan Kursus
Program ini memperkenalkan pelajar kepada prinsip kewangan dan perbankan serta peranannya dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi pada masa kini. Pelajar akan dilengkapkan dengan ilmu berkaitan pengurusan, perakaunan, kewangan dan perbankan
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Bank
- Penolong Pegawai Kewangan
- Penolong Pegawai Pelaburan
- Remisier
- Usahawan
- Penolong Pegawai di Jabatan Kerajaan
Senarai Subjek
- Prinsip Pengurusan
- Prinsip Pemasaran
- Perakaunan Kewangan
- Matematik Kewangan
- Prinsip Ekonomi
- Pasaran dan Institusi Kewangan
- Business Communication
- Prinsip Pengurusan Kewangan
- Operasi Bank Perdagangan
- Sistem Kewangan Islam
- Undang-Undang Komersil
- Statistik Perniagaan
- Perbankan Antarabangsa
- Perkhidmatan Kewangan Khusus
- Perancangan Kewangan Peribadi
- Pengenalan Kepada Perbankan Digital
- Keusahawanan
- Penilaian dan Pengurusan Pinjaman
- Pengurusan Pelaburan
- Aspek Perundangan, Etika dan Tadbir Urus
- Analisis Penyata Kewangan
- Pemasaran Produk & Perkhidmatan Kewangan
- Latihan Industri