Syarat Kemasukan
- Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
- Lulus Bahasa Arab atau mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM
- Lulus Temuduga dan ujian personaliti yang dijalankan;
Pengenalan Kursus
Diploma Kaunseling Islam merupakan antara program pengajian terbaru di KUIPSAS yang mula ditawarkan pada tahun 2015. Ia menawarkan pengajian dalam bidang Kaunseling Islam pada peringkat Diploma. Pembelajaran menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan nilai jam kredit keseluruhan adalah sebanyak 92. Pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, amali dan kerja lapangan. Program Diploma ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan dalam kaunseling Islam untuk membantu masyarakat secara separa profesional serta menjalankan tanggungjawab dan misi dakwah.
Kelebihan Kursus
- Syarikat Broker dan Sekuriti
- Pengurusan Dana dan Unit Amanah Institusi
- Firma Swasta
- Institusi Perbankan Islam
- Institusi Kewangan
- Institusi Takaful dan Insurans
- Institusi Ekonomi Islam e:g Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
- Industri Kecil dan Sederhana (SME)
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Psikologi
- Pembantu Kaunselor
- Pembantu Pegawai Anti Dadah
- Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Penolong Pegawai Jabatan Agama Islam
Fakta Mengenai Bidang Kaunseling Islam
Pada tahun 2013 bilangan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor adalah seramai 5085 orang. Menurut Lembaga Kaunselor bilangan kaunselor yang berdaftar tersebut adalah masih rendah. Penawaran program ini dijangka akan dapat melahirkan lebih ramai kaunselor berdaftar di Malaysia.