DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA ISLAM (R3/0323/4/0001) (08/29) (MQA/A9214)
Syarat kemasukan

SPM minimum 3 Kepujian atau sijil setara dan lulus subjek Sejarah
( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )

Pengenalan Program

PENGENALAN

Diploma Pengajian Media Islam mula ditawarkan di UnIPSAS (dahulunya dikenali sebagai KUIPSAS-KIPSAS) pada tahun 2010. Program diploma ini merupakan program pengajian baru yang mendapat sambutan menggalakkan sehingga ke hari ini. Perkembangan teknologi media merangkumi penyiaran, radio dan internet di samping kemajuan industri filem, drama, periklanan dan dokumentari menjadikan bidang ini mudah mendapat tempat di hati pelajar lepasan SPM. Kewujudan program Diploma Pengajian Media Islam di UnIPSAS sebagai program pertama seumpamanya di Malaysia diharapkan dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam ilmu alat, tetapi juga mempunyai fikrah Islamiah yang mampu membawa perubahan dalam industri berkaitan media ke arah lebih ‘syariah compliant’ serta mampu menjadi agen dakwah yang berkesan kepada masyarakat.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum Diploma ini telah dibina oleh pakar dalam bidang akademik dan industri.
  • Diploma ini merupakan bidang pertama seumpamanya diwujudkan di Malaysia.
  • Graduan Diploma ini bukan sahaja memiliki pengetahuan dalam bidang media serta mampu mengendalikan pelbagai peralatan media, tetapi juga mempunyai fikrah Islamiah serta akhlak yang terpuji.
  • Diploma ini mampu melahirkan graduan yang berkelayakan berkhidmat di stesen tv atau radio bercorak Islam seperti Astro Oasis, TV Alhijrah, TV9, IKIM.fm dan seumpamanya.
  • Para pensyarah yang akan mengendalikan proses P&P adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam industri.
  • Pelajar berpeluang belajar secara teori dan amali.

 

FAKTA PROGRAM

TV Alhijrah, Astro Oasis dan IKIM.fm adalah antara stesen yang menyajikan bahan-bahan berkonsepkan Islam kepada penonton televisyen dan pendengar radio di negara ini sebagai alternatif kepada stesen-stesen lain yang terlalu berorientasikan komersil dan hiburan. Bidang penyiaran dan radio Islam memerlukan tenaga kerja yang mahir mengendalikan alat dan mempunyai pengetahuan teoritikal yang baik untuk menjadi pengacara, penerbit rancangan, pengarah, dj, penulis skrip, penterjemah, pembikin drama dan filem sehinggalah kepada editor, jurukamera, juruvideo dan pengendali sistem audio visual. Negara agak ketandusan sumber manusia yang memiliki kemahiran alat dan pengetahuan isi (content) keislaman kedua-duanya sekali. Pekerja yang mahir dari sudut teknikal media biasanya tidak memiliki kepakaran dalam melahirkan content yang baik, begitu juga lepasan pengajian Islam yang memiliki pengetahuan agama yang baik tidak memiliki kemahiran dalam teknikal dan pengendalian alat pula. Oleh yang demikian, penawaran Diploma Pengajian Media Islam di UnIPSAS adalah seiring dengan perkembangan dunia media dan diharapkan dapat menampung kelompangan yang ada.

Prospek Kerjaya
  • Pengacara
  • Wartawan
  • Jurufoto
  • Juruvideo
  • Penulis Skrip
  • Penulis
  • Penyunting
  • Pereka Grafik
  • Penerbit
  • Penolong Penerbit
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • DJ Radio
  • Pengiklan
  • Pendakwah
  • Usahawan dalam bidang berkaitan
Senarai Kursus

Semester 1

Pengajian Malaysia 2, Pengantar Ilmu Tajwid, Akidah Islam, Fiqh Ibadah, Bahasa Arab Asas, English For Proficiency (Pre-Intermediate), Sirah Rasul, Pengenalan Asas Media Dakwah, Bahasa Kebangsaan A*1, Bahasa Melayu Komunikasi 1 *2.

Semester 2

Keusahawanan, Hifz Al-Quran, Bahasa Arab Lanjutan, English For Profiency (Intermediate), Ulum Al-Quran, Pengantar Fiqh Islam, Akhlak Dan Tasawuf, Fotografi Islam, Pengantar Komunikasi Dakwah.

Semester 3

Teknologi Maklumat & Masyarakat, Ulum Al-Hadith, Pengantar Dakwah Islamiyyah, Kewartawanan Islam, Penulisan Kreatif Islam, Prinsip Penyiaran, Prinsip Periklanan.

Semester 4

Media dan Pembangunan Sosial, Media Baru, Pengucapan Awam, Produksi Radio Islam, Perhubungan Awam, Tokoh-Tokoh Dakwah, Metodologi Dakwah.

Semester 5

Kokurikulum, Halaqah & Usrah, Asas Penyelidikan, Penerbitan Audio Visual Islam, Media Cetak Dan Dakwah, Kaunseling Islam, Amali Dakwah.

Semester 6

Latihan Industri

Yuran Pengajian

YURAN PENGAJIAN
( WARGANEGARA MALAYSIA )

SEM TERMASUK ASRAMA (RM) TANPA ASRAMA (RM)
1  4340.00 3640.00
2  3500.00 2800.00
3  3240.00  2540.00
4  3110.00  2410.00
5  3240.00  2540.00
6  720.00  720.00

Jumlah Keseluruhan :
Termasuk Asrama : RM18,150.00
Tanpa Asrama : RM14,650.00

YURAN PENGAJIAN
( PELAJAR ANTARABANGSA )

Jumlah Keseluruhan :
RM 23,350.00

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...
en_USEN