Syarat kemasukan
- Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan lulus Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus dalam Sijil Kemahiran di Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setaraf dengannya.
( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )
Pengenalan Program
PENGENALAN
Program ini memperkenalkan pelajar kepada sistem kewangan Islam yang kini merupakan elemen yang paling pesat berkembang dalam perkhidmatan kewangan global. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat, Ekonomi dari sudut Perspektif Islam, Takaful, Perakaunan Islam, instrumen Kewangan Islam dan aspek operasi dalam Institusi Kewangan Islam. Program ini bukan sahaja memberi penekanan tentang pembelajaran dan juga kecekapan graduan malah program ini juga memberi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi cabaran dan saingan dalam dunia perbankan Islam.
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Bank
- Penolong Perunding Kewangan Islam dan Unit Amanah Islam
- Penolong Perunding Muamalat (wasiat, zakat, ar- Rahn)
- Usahawan Insuran dan Takaful
- Penolong Pegawai Pengurusan Risiko
- Perancang Kewangan Islam
- Penolong Pegawai Pematuhan Syariah (Syariah Compliance)
Senarai Kursus
Semester 1
- Pengajian Malaysia 2
- Bahasa Arab Asas
- English For Proficiency(Pre-Intermediate)
- Pengantar Ilmu Tajwid
- Pengantar Fiqh Islam
- Prinsip Pengurusan Kewangan
- Pengenalan Kepada Perakaunan Kewangan
Semester 2
- Bahasa Arab Lanjutan
- Hifz Al-Quran
- English For Proficiency (Intermediate)
- Akidah Islam
- Matematik Perniagaan
- Perakaunan Islam
- Akhlak Dan Tasawuf
- Usul Fiqh
Semester 3
- Fiqh Ibadah
- Teknologi Maklumat Dan Masyarakat
- Business Communication
- Mikroekonomi
- Fiqh Muamalat
- Al-Arabiyyah Li Al-Muamalat
- Prinsip Pengurusan
Semester 4
- Pemikiran Kritis Dan Kreatif
- Makroekonomi
- Institusi Dan Pasaran Kewangan Islam
- Sistem Kewangan Islam
- Pengurusan Harta Pusaka
- Qawaid Fiqhiyyah
Semester 5
- Halaqah Dan Usrah
- Perancangan Kewangan Islam
- Pengurusan Zakat, Wakaf Dan Baitulmal
- Operasi Perbankan Islam
- Ekonomi Islam
- Keusahawanan
- Etika Perniagaan Islam
Semester 6
- Latihan Industri
* PENAWARAN KURSUS AKAN BERUBAH PADA SETIAP SEMESTER