Syarat kemasukan
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda [Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)I yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setara dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.50;
atau - Ijazah Sarjana Muda (Tahap KKM) yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setara dengan minimum PNGK 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2,50 boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalam yang ketat.
- Pemegang ijazah bidang Iain yang tidak mempunyai kelayakan formal Pengajian Islam boleh diterima dengan syarat mereka lulus peperiksaan kelayakan yang mengesahkan tahap latar belakang pengetahuan mereka mencukupi dan dikehendaki mengambil dua kursus prasyarat sebagai syarat kemasukan.
-
- Pengantar Usul Fiqh
- Nahw Tamhidi
- Pengantar kepada Usuluddin
- Pengantar kepada Syariah
– Mod Pengajian : Kerja Kursus
Pengenalan Program
Program ini menawarkan mengenai kursus-kursus pengajian Islam. Bidang pengajian Islam secara asasnya merangkumi ilmu-ilmu berkaitan akidah, syariah, falsafah, bahasa Arab, perbandingan agama, ideologi dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, pada masa kini bidang penyelidikan berkaitan pengajian Islam bukan semata-mata terhad kepada ilmu tradisi tetapi turut diintegrasikan dengan bidang profesional seperti perakaunan, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain.
Tujuan pengintegrasian ilmu-ilmu ini bagi membantu umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan serta melahirkan generasi Islam yang mahir dalam pelbagai cabang keilmuan.
Pengajian peringkat Ijazah Sarjana juga membantu pelajar dalam meningkatkan kompetensi diri dan profesionalisme sama ada mencakupi ilmu dan kemahiran.
Tempoh Pengajian
SECARA KERJA KURSUS
• Sepenuh Masa (1 Tahun 4 Bulan)
• Separuh Masa (2 Tahun 4 Bulan)
Yuran Pengajian
YURAN PENGAJIAN
( WARGANEGARA MALAYSIA )

